Epalku.....

Epalku.....

Followers


Click here for Myspace Layouts

Tuesday, 26 April 2011

Peribahasa Yang Sama Maksud..... :-)

0302: Bagai ayam naik ke surau.

Makna: Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.
Sama erti: Bagai bertandang ke rumah janda.
Contoh: sudah hampir dua jam Encik Abu berbual dengan Encik
Ramli, tetapi belum ada tanda-tanda encik Ramli hendak
mempelawanya minum.  Sehinggalah ia membuat keputusan untuk
balik, secawan air pun tidak dihidangkan.  Keadaan yang dialami
oleh Encik Abu bagai ayam naik ke surau.


0303: Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor
bergelimang tahi.
Makna: Seseorang yang bercakap tinggi tetapi keluarganya dalam
kemelaratan.
Sama erti: 1.  Membasahkan garam sendiri.  2.Buah kedempung, di
luar berisi di dalam kosong. 
Contoh: Sentiasa memberi nasihat dan cadangan, tetapi dia sendiri
tidak amalkan hinggakan keadaan kehidupan keluarganya tidak
sempurna.  Caranya ini bagai ayam si tombong, kokok
berderai-derai, ekor bergelimang tahi.      


0304: Bagai ayam yang terkecundang.
Makna: Sangat ketakutan.
Sama erti: 1.  Malu berani, mati takut.  2.  Pelandok di cerang
rimba.   Dalam ketakutan dan gelisah.  3.  Jiwa bergantung di
hujung rambut.  4.  Bagai kambing dalam biduk.
Contoh: Keadaan Seman bagai ayam kecundang kerana ia juga
terlibat dalam kes pengedaran dadah di kampung tersebut.  Ia
berasa takut kerana polis sedang  membuat penyiasatan pada kes
tersebut.    


0305: Bagai bajak wangkang makan diangkat.
Makna: Orang yang gemar dipuji.
Sama erti: 1.  Ditanam tebu di telinga,  berkembang bunga raya di
muka.  2.  Lemak manis pada dialah, pahit  maung pada orang.
Contoh: Semua kerja yang telah dilakukan oleh  beliau, pasti akan
diheboh-hebohkan kepada semua rakan-  rakannya.  Tindakannya
supaya ia mendapat pujian.   Sikapnya bagai bajak wangkang makan
diangkat.


0306: Bagai balak terendam.ÜjÜŒ
Makna: Orang gemuk yang malas bergerak.
Sama erti: 1.  Seperti badak berendam.  2. Seperti sumpit abu
ditegakkan.  3.  Bagai sumpit dientakkan.
Contoh: Banyak tugasan yang belum disiapkan  oleh Tina kerana dia
asyik tidur sahaja bila di dalam  bilik.  Badannya yang gemuk dan
malas ini  menjadikan ia  digelar bagai balak terendam.      


0308: Bagai beliung dengan asahan.
Makna: Tidak pernah berpisah.
Sama erti: 1.  Seperti belangkas.  2.  Bagai dakwat dengan
kertas.
Contoh: Sejak dari tahun pertama, mereka  sentiasa bersama-sama
ada ke kuliah atau untuk membuat  tugasan.  Keadaan mereka bagai
beliung dengan asahan.


0309: Bagai belut digetir (= diketil) ekornya.
Makna: Cepat sekali.
Sama erti: 1.  Pantasnya seperti kilat.  2.  Berabu.  3.  Bak
cetus api.   4.  Bagai pucuk (enau) dilancarkan (= diluncurkan).
Contoh: Pertandingan acara berlari semuanya  dibolot oleh Ali.
Kepantasa lariannya bagai belut  digetir.


0310: Bagai belut diregang.
Makna: Tinggi dan kurus.
Sama erti: Cicak kobeng.
Contoh: Pasukan B berjaya berjaya di dalam  pertandingan bola
keranjang kerana terdapat seorang  pemain yangtinggi dan sentiasa
berjaya memasukkan gol.   Keadaan fizikalnya bagai belut
diregang.


0311: Bagai berkain tiga hasta.
Makna: Serba tak cukup (miskin).
Sama erti: 1.  Berkain tak cukup seblit  pinggang.  2.  Berkayuh
sampan bocor.  3.  Kain dibakar tiada berbau.  4.  Sudah dahaga
sampai pula telaga  kering.  5. Teranggit-anggit seperti rumput
di pintu.  6.  Tertelentang berisi air,  tertiarap berisi tanah.
Contoh: Sejak kematian suaminya, mak limah  terpaksa bekerja
keras untuk menyara makan minum anaknya  yang ramai.  Keadaan
hidupnya sekarang bagai berkain tiga  hasta.


0313: Bagai berseru di padang pasir.
Makna: Seruan yang tidak diendahkan orang.
Sama erti: Seperti memekik di tengah padang  luas.
Contoh: Walaupun telah beberapa kali wakil  rakyat itu meminta
supaya penduduk di kawasan perumahan  itu bersatu untuk menjaga
keharmonian, tetapi tidak ada  kata sepakat dan tidak dipedulikan
sahaja.  Seruannya  bagai berseru di padang pasir.           
   

0315: Bagai bertanak di kuali.
Makna: Terlalu murah hati hingga binasa kerananya.
Sama erti: 1.  Seperti pelita, membakar diri,  menyalankan orang.
2.  Seperti lilin membakar diri.  3.  Memerah kain basahan orang.
4.  Mengairi sawah orang.
Contoh: Keadaannya bagai bertanak di kuali,  kerana habis wangnya
telah digelapkan oleh wakil syarikat  yang kononnya hendak
meminjam.  Rupa-rupanya ia telah  menipu.


0316: Bagai bertandang ke rumah janda.
Makna: Bertemu ke rumah orang yang tidak menjamu apa-apa.
Sama erti: Bagai ayam naik ke surau (No. 302).   Oleh itu saya
tidak akan menghuraikannya lagi sebab sama.


0317: Bagai bertemu  (= makan) buah si malakamo :  dimakan mati
bapak, tidak dimakan mati ibu.
Makna: Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit;  dalam
keadaan yang serba salah.
Sama erti: 1.  Bagai memegang buah kepantangan  beruk : ditelan
mati emak, diluah mati bapa.  2.  Seperti Quran buruk : dibaca
tak boleh dipersebarang dosa.  3.  Digenggam takut mati,
dilepaskan takut terbang.  4.  Dikatakan mati emak, tak  dikata
mati bapak.  5.  Lalu hangus, surat layu,
Contoh: Keputusan yang terpaksa dibuat oleh  Suzi bagai bertemu
buah malakoma, dimakan mati bapak,  tidak dimakan mati ibu,
kerana ia akan melibatkan masa  depan dirinya dan nasih
keluarganya.     


0318: Bagai bertepuk sebelah tangan.
Makna: Cinta kasih yang tidak berbalas.
Sama erti:  1. Bertepuk sebelah tangan,  bersiul sambil menganga.
2.  Tepuk sebelah tangan tak akan  berbunyi.
Contoh: Gadis yang cantik itu telah menyebabkan  ramai orang
lelaki yang cuba mendekatinya tapi sedikit  pun tidak dilayan.
Akibatnya mereka bagai bertepuk  sebelah tangan.


0319: Bagai buruk kena ipuh.
Makna: Mengeliat-geliut (kerana kesakitan).
Sma erti:  1.  Cengkeling  bagai ular kena palu.  2.  Bagai
cacing kepanasan.
Contoh: Mat mengidap penyakit  gastrik.   Sekiranya dia tersilap
makan, penyakit akan datang  menyebabkan ia tidak  dapat
menahannya  dan keadaannya  bagai beruk kena ipuh.    


0320: Bagai berumah di tepi tebing.
Makna: Selalu dalam kekuatiran.
Sama erti: 1.  Bagai telur di hujung tanduk.  2.  Menanti laki
pulang maling.
Contoh: Malim berasa kuatir kerana anaknya  sudah dua hari tidak
pulang ke rumah.  Semua kerjanya  tidak menjadi kerana kuatir
bagai berumah di tepi rawa.

      
0321: Bagai besi dengan penamban.
Makna: Orang lemah di bawah kuasa orang kuat.
Sama erti: 1.  Bagai kayu lempung, ditebuk kumbang
tembus-menembus.  2.  Kalau langit hendak menimpa  bumi, bolehkah
ditahan dengan  telunjuk.  3.  Seperti tepung di tangan
pengadun.
Contoh: Pada zaman penjajahan Jepun, semua  orang takut dengan
cara pemerentahan mereka.  Keadaan ini  bagai besi dengan
penamban.


0322: Bagai biawak mengulangi bangkai.
Makna: Lelaki yang suka pergi ke tempat orang jahat.
Sama erti: 1. Seperti anjingh mengulangi  bangkai. 2. Lalat
langau  mengerumuni  bangkai.
  

0323: Bagai buah keras di dalam sekul.
Makna: Bercakap dalam keadaan tergopoh-gapah.
Sama erti: 1.  Seperti bertih direndang.  2.Menggerutu sbagai
buluh diperun.
Contoh: Sejak dari tadi Min tidak berhenti-  henti becakap.
Cakapnya yang tergopoh-gopoh bagai buah  keras di dalam sekul
amat sukar difahami.


0324: Bagai budak menyapu ingus.
Makna: Beroleh malu dalam sesuatu majlis.
Sama erti: 1.  Laksana  kedidi : di mana pantai
tercunggit-cunggit.  2.  Seperti cicak makan kapur.
Contoh: Ada tetamu yang tersinggong tangan  Aminah, menyebabkan
cawan yang dipegangnya terjatuh  semasa majlis jamuan itu
diadakan.  Walaupun bukan salah  dirinya tetapi ia rasa sangat
malu bagai budak menyapu  ingus.   


0325: Bagai bulan empat belas.
Makna: Kecantikan wajah seorang wanita.
Sama erti: 1.  Seperti emas baru disepuh.  2. Bagai janda baru
bangun tidur.   3.  Serupa bulan penuh. 4.  Serupa burak.
5.  Seperti kelopak pandan.
Contoh: Semua pakaian yang digayakan olehnya  kelihatan sangat
menarik.  Bukan sahaja kerana rekabentuk  itu yang menarik tetapi
kerana kecantikan wajahnya bagai  bulan empat belas.


0326: Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan.
Makna: Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana  hendak
berjalan.
Sama erti: 1.  Seperti penjajap berpaling  hendak hilir.
2.  Bagai cacing gila.
Contoh: Hampir dua jam aminah bersolek, bila ia  hendak pergi
berjalan.  Kecantikannya selalu mendapat  perhatian di luar.
Dirinya bagai bulan penuh mengambang  di kaki awan.   
                         
      
0327: Bagai buntal kembung.
Makna: Bodoh dan sombong.
Sama erti: 1.  Beriak tanda dalam, bergoncang  tanda tak penuh.
2. Bagai tagar di Pulau Sembilan. 
Contoh: Mak Limah selalu bersungut kerana  anaknya selalu membuat
silap semasa kiraan dalam  perniagaan.  Bila diajar tidak diambil
peduli.  Perangai  anaknya bagai buntal kembung.   

         
0329:  Bagai bunyi orang dikoyak harimau.
Makna: Berteriak-teriak dan melolong dengan kuat.
Sama erti: 1.  Berjerit-jerit seperti kucing biang.  2.  Seperti
kuang memekik di  puncak gunung.  3.Bagai halilintar membelah
bumi.    
Contoh: Zaiton sentiasa berhati-hati dalam  membuat kerja-kerja
rumah supaya emaknya tidak marah.  ia  berasa malu sekiranya
dimarahi oleh emaknya yang  mempunyai suara terlalu kuat bagai
bunyi orang dikoyak  harimau.


0330: Bagai bunyi perempuan di air.
Makna: Ramai (= riuh) sekali.
Sama erti: 1.  Bagai keling karam.   2.  Bagai ombak purus.
Contoh: Bagai bunyi perempuan di air, apabila  keluarga Encik
Seman berkumpul pada hujung minggu.  Anak  cucunya yang ramai
menjadikan rumahnya sangat bising.


0331: Bagai bunyi siamang kenyang.
Makna: Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat
kesenangan.
Sama erti  1.  Seperti gadis jolong bersubang,  bujang jolong
berkeris.  2.  Seperti si buta mendapat  tongkat, dipukulkan buta
tuli.
Contoh: Che Mat selalu menghebab-hebahkan  bagaimana caranya ia
beroleh kesengan sekarang ini.   Sikapnya bagai siamang kenyang.


0332: Bagai cacing gila.
Makna: Perempuan yang suka berpergian, bertandang dan sebagainya.
Sama erti: Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan.
Contoh: Ali berang bila orang mengatakan isterinya bagai cacing
gila.  Dia mesti bertindak tegas  terhadap sikap isterinya yang
suka bertandang ke rumah  orang.

      
0333: Bagai cacing kena air panas.
Makna: Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu  dan
lain-lain).
Sama erti: 1.  Bagai kucing hendak beranak.  2. Terloncat-loncat
bagai ulat  pinang.  3. Seperti kucing  di atas  titian. 
4.  Kera kena belacan.
Contoh: Berita kemalangan yang menimpa  keluarganya menyebabkan
dia tidak dapat berbuat apa-apa.   Keadaannya bagai cacing kena
air panas, hingga terpaksa  orang lain memujuknya supaya
bersabar.          


0345: Bagai emak mandul baru beranak.
Makna: Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu  amat.
Sama erti: 1. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek. 
2.  Seperti labah-labah sayang kepada telurnya.  3.  Seperti
gerup dengan sisir.  4.  Selapik seketiduran, sebantal sekalung
hulu.  5.  Kasih sepantun tulisan pinggan.
Contoh: Permohonan untuk mendapatkan anak  angkat telah berjaya.
Puan Aminah terlalu gembira bagai  emak mandul  baru beranak
sahaja tingkahlakunya.
        

0346: Bagai hempedu lekat di hati.
Makna: Sangat karib (tentang orang yang bersahabat atau
berkasih-kasihan).
Sama erti: 1.  Seperti keroncor dengan  belangkas.  2.  Seperti
api dengan asap.  3.  Sebagai aur dengan tebing.  4.  Berjarak
serasa hilang,  bercerai serasa mati.
Contoh: Sejak mereka bertunang, keadaan mereka  bagai hempedu
lekat di hati kerana tidak pernah berpisah.



0347: Bagai enau  dalam belukar, melepaskan pucuk  masing-masing.
Makna: Tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan.
Sama erti: 1.  Siapa lu, siap gua.  2.  Nafsu, nafsi.
Contoh: Ali selalu tidak mahu memberi pendapat  semasa dalam
perbincangan sekiranya sama masalah yang  wujud.  Apa yang ia
tahu akan disimpannya.  Sikapnya  bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing.   


0334: Bagai cembul dapat tutupnya.
Makna: Sangat sesuai.
Sama erti: 1.  Bagai dulang dengan tudung  saji.  2.  Seperti
telap dengan tutupnya.  3.  Bagai kunyit dengan kapur.  4.  Bagai
pinang dibelah dua.  5.  Bagai lepat dengan daun.  6. Bersua
beliung dengan sangkal.
Contoh: Kata orang bagai cembul dengan tutupnya  kepada pasangan
pengantin itu kerana sama-sama bijak dan  cantik.


0335: Bagai dakwat dengan kertas.
Makna: Tidak pernah bercerai; sangat cocok.
Sama erti: 1.  Bagai isi dengan kuku.  2.  Bagai beliung dengan
asahan.  3.  Diuji sama merah, ditahil sama  berat.  4.  Laksana
terung bertunang ikan  kering.  5.  Seperti belangkas.
Contoh: Kebanyak pelajar menggelar mereka bagai  dakwat dengan
kertas kerana mereka sentiasa bersama sejak  dari tahun pertama
hingga ke tahun keempat.


0336: Bagai dekan di bawah pangkal buluh.
Makna: Pandai menyembunyikan rahsia.                 
Sama erti: 1.  Telan batu.  2. Memakan habis-habis, menyuru
hilang.  3.  Membuhul jangan membuku,  mengulas jangan mengesan.
4.  Menyuruk hilang-hilang, memakan  habis-habis.
Contoh: Setelah seminggu kes pembunuhan itu  berlaku, barulah
masyarakat di Segamat mengetahui bahasa  Zain juga terlibat dalam
kes itu.  Sikap selama-lamanya  ini bagai dekan di bawah pangkal
buluh.


0337: Bagai denai gajah lalu.
Makna: Pekerjaan atau kejadian benar yang payah hendak
disembunyikan.

Sama erti: 1.  Kalau tak ada angin, pohon tak  akan bergoyong.
2.  Bagai kelip-kelip terbang  malam.  3.  Seperti ditempuh gajah
lalu.  4.  Mana busuk yang tidak berbau.
Contoh: Kejayaan Encik Amin mencipta kaki palsu  untuk anaknyaÜjÜ
telah diketahui di seluruh negeri.   Walaupun ia tinggal di luar
bandar tetapi kejayaannya  bagai denai gajah lalu.


0338: Bagai diikat dengan sehasta tali.
Makna: Dalam keadaan yang sangat terbatas.
Sama erti: 1.  Seluas dada tuma.  2.  Seperti ikan dalam belat.
Contoh: Undang-undang yang dikenakan kepada  sekolah pemulihan
akhlak itu sangat ketat.  Ini  menyebabkan penghuninya merasa
pergerakan mereka sangat  terbatas bagai diikat dengan sehasta
tali.


0339: Bagai diiris dengan sembilu.
Makna: Pedih sekali rasa hatinya.
Sama erti: 1.  Seperti pedang bermata dua.  2.  Kena parang
bermata dua.  3.  Tertarung kaki boleh diinai,  tertarung hati
susah ubatnya.
Contoh: Hati mak Temah bagai diiris dengan  sembilu, apabila
mendengar sindiran dari orang kampung  kerana perbuatan jahat
anaknya.


0341: Bagai ditembak putus tunggal.
Makna: Dialahkan oleh orang yang bodoh.
Sama erti: Dientak ulu luncung.
Contoh: Bagai ditembak putus tunggal, apabila  ia kalah dalam
perdebatan itu.  Sedangkan ia seorang  pegawai yang bijak, tetapi
tidak tahu mempraktikkan  sesuatu, manakala orang kampung yang
bodoh tahu  membuatnya.Üj[1]ÜŒ


0342: Bagai diurap dengan daun katung-katung.
Makna: Sangat marah.
Sama erti: 1.  Rasa pedih cuping telinga.  2.  Panas hati.
Contoh: Bagai diurap dengan daun katung-katung  apabila di
dituduh mencuri.  Oleh itu dia berusaha untuk  membuktikan
kebenaran yang di tidak mencuri.


0345: Bagai emak mandul baru beranak.
Makna: Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu  amat.
Sama erti: 1. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek. 
2.  Seperti labah-labah sayang kepada telurnya.  3.  Seperti
gerup dengan sisir.  4.  Selapik seketiduran, sebantal sekalung
hulu.  5.  Kasih sepantun tulisan pinggan.
Contoh: Permohonan untuk mendapatkan anak  angkat telah berjaya.
Puan Aminah terlalu gembira bagai  emak mandul  baru beranak
sahaja tingkahlakunya.


0346: Bagai hempedu lekat di hati.
Makna: Sangat karib (tentang orang yang bersahabat atau
berkasih-kasihan).
Sama erti: 1.  Seperti keroncor dengan  belangkas.  2.  Seperti
api dengan asap.  3.  Sebagai aur dengan tebing.  4.  Berjarak
serasa hilang,  bercerai serasa mati.
Contoh: Sejak mereka bertunang, keadaan mereka  bagai hempedu
lekat di hati kerana tidak pernah berpisah.



0347: Bagai enau  dalam belukar, melepaskan pucuk  masing-masing.
Makna: Tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan.
Sama erti: 1.  Siapa lu, siap gua.  2.  Nafsu, nafsi.
Contoh: Ali selalu tidak mahu memberi pendapat  semasa dalam
perbincangan sekiranya sama masalah yang  wujud.  Apa yang ia
tahu akan disimpannya.  Sikapnya  bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing.   



0348: Bagai gadis jolong menumbuk.
Makna: Rajin dan bersungguh-sungguh.
Sama erti: 1.  Bagai semut penghimpun melukut.   2.  Seperti
anai-anai makan kayu.  3.  Lurah diturun, bukit didaki.  4.
Cepat kaki ringan tangan.  5.  Ringan tulang.
Contoh: Cuma tinggal dua bulan sahaja lagi  untuk menghadapi
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.   Masa yang sudah singkat
ini telah dipenuhi dengan  mengulangkaji pelajarannya
bersungguh-sungguh dan pergi  ke kelas tambahan.  Aktiviti
seharian dan kerjanya bagai  gadis jolong menumbuk.      


0350: Bagai galah dijual.
Makna: Terlalu miskin.
Sama erti: 1. Seperti  kain buruk dibakar tak berbau.  2. Duduk
dengan sukatan.
Contoh: Kami sungguh bersimpati dengan mereka  yang hidup bagai
galah dijual tetapi elok sekiranya  mereka membuang tabiat yang
buruk itu sebelum diberi  bantuan.


0351: Bagai galah di tengah arus.
Makna: Selalu berkeluh kesah.
Sama erti: 1. Seperti kodok ditimpa kemarau.  2. Seperti air di
dalam kolam.
Contoh: Kesempitan hidup menyebabkan mereka bagai galah di tengah
arus dan tidak berkesempatan  langsung untuk bersuara menentang
pihak yang berkuasa.



0352: Bagai gelegar buluh.
Makna: Bercakap besar.
Sama erti: 1. Laksana meriam buluh.  2. Seperti  ilmu padi hampa,
makin lama makin mencongak.  3. Seperti ular menyusur akar tiada
hilang bisanya.
Contoh: Biar pun ia telah diberi amaran oleh  pihak polis tetapi
suaranya masih lantang bagai gelegar  buluh.




*** Tengok ejaan sebelum salin...***

No comments:

Post a Comment